Sunday, 10 May 2020

SELAMAT DATANG KE BLOG ALAM MAYA SAYA !


mencari timba si anak dara, 
dibawah sarang burung tempua,
salam sembah pembuka bicara,
selamat datang untuk semua



anak dara membeli bawang, 
singgah sebentar di pasar pekan,
ucapan diberi selamat datang, 
assalamualaikum saya ucapkan.


Di dalam blog ini, saya akan menceritakan tentang percutian saya ke Kuala Lumpur. Ini merupakan salah satu tugasan assessment saya pada musim PKP.





Pada 19 Disember 2019, saya dan keluarga pergi bercuti ke Kuala Lumpur sempena cuti akhir tahun. Kami bermalam di sana selama tiga hari dua malam. Kami bertolak dari Kluang, Johor dari pukul 10 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1 petang. Memandangkan kami perlu mendaftar masuk ke hotel pada pukul 2 petang, kami singgah sebentar di sebuah restoran yang berdekatan dengan hotel untuk mengisi perut kami yang kosong ini. Setelah selesai makan tengah hari, kami bergerak ke hotel untuk 'check-in'. Ayah saya menyelesaikan apa yang patut dan kami yang lain memunggah barang barang yang hendak dibawa ke dalam bilik. Setelah mendapat kunci bilik, kami semua menaiki lif untuk ke atas. Kami mengambil rehat yang secukupnya kerana penat. Kami mengimap di WP Hotel, Kuala Lumpur.



Pemandangan di hadapan hotel


Bilik 


Setelah selesai merehatkan diri dan tidur, kami bercadang untuk makan malam di sebuah restoran yang terkenal dengan menu Ikan Pindang yang sangat lazat. Sebelum itu, ayah saya menghubungi saudara saya yang tinggal di Kuala Lumpur dan mengajak mereka sekeluarga untuk makan malam bersama sama. Sudah sekian lama kami tidak bersua atas faktor kerja dan kesibukan masing masing. Tepat pada pukul 8 malam, kami berjalan kaki ke restoran tersebut kerana ianya sangat dekat dengan hotel kami. Beberapa minit kemudian, saudara kami pon tiba lalu kami terus memesan makanan dan berbual bual tentang kenangan masa lalu. Kami samgat gembira kerana dapar berjumpa dan melepaskan rindu. 




Makan bersama sama saudara



Setelah habis makan, kami pulang ke hotel manakala saudara kami pulang ke rumahnya. Kami masuk ke dalam bilik dan membersihkan dan terus tidur sehingga esok hari. 






Keesokan harinya, kami bangun pada awal pagi dan bercadang untuk mandi manda di kolam yang disediakan oleh pihak hotel. Kami adik beradik bermandi manda manakala ibu ayah pergi membeli sarapan di kedai mamak. Setelah setengah jam berlalu, ibu ayah mengambil kami di kolam lalu terus masuk ke bilik dan membersihkan diri. Selepas itu, kami makan sarapan yang dibeli bersama sama. 




Kolam renang 




Apabila sudah selesai semuanya, kami bersiap dan keluar pergi ke kompleks membeli belah SOGO. Di situ, terdapat beberapa kedai yang ternama seperti 'Coach', 'Braun Buffel', 'Sephora' dan macam macam lagi. Kami membeli pelbagai benda seperti kasut, baju, dan sedikit keperluan sekolah untuk tahun hadapan. Kami juga mengunjungi restoran Texas yang sangat terkenal dan ini merupakan kali pertama kami mencuba makanan ini. Kami berada disitu selama 3 jam. Destinasi kami yang seterusnya ialah Suria KLCC. Tempat ini merupakan antara kompleks membeli belah yang terkenal di Malaysia. Ramai pelancong daripada luar negara melawati tempat ini kerana kemodenannya yang canggih. Kami menjadi rambang mata apabila melihat kedai kedai yang ada di kompleks ini.Di bahagia luar kompleks ini mempunyai tasik yang besar dan pemandangan yang sangat cantik. Kami bergambar dan meluangkan masa di situ. 




Pokok krismas di hadapan kompleks

Pemandangan tasik di kompleks



Setelah penat berjalan, kami pulang ke hotel dan mengambil rehat yang secukupnya. Ayah mengajak kami untuk pergi ke Uptown Danau Kota pada malam itu. Setelah lewat petang, kami solat maghrib dan bersiap siap untuk meneruskan aktiviti malam. Keadaan di situ sangat sesak dengan orang yang ramai kerana musim cuti sekolah sedang berlangsung. Ramai ibu bapa yang membawa anak anaknya pergi bercuti ke mana sahaja. Kami membeli barang barang seperti mainan, peranti alat komunikasi dan macam macam lagi. Kebanyakan barang yang dijual di sini murah harganya kerana tidak asli. Tepat jam 1 pagi, ayah mengajak kami pulang ke hotel kerana sudah lewat malam dan adik saya juga sudah tidur di dalam kereta. Setibanya di hotel, kami menukar pakaian tidur dan terus lena dibuai mimpi. 



Suasana di Uptown Danau Kota


Keesokannya, setelah matahari terbit kami semua bangun daripada tidur dan kami membersihkan diri dan bersiap siap untuk pulang ke rumah di Kluang, Johor. Kami sangat seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga setelah beberapa bulan terhimpit dengan kerja dan ada yang bersekolah di asrama penuh. Dengan adanya pengalaman yang begini, saya berharap agar saya dapat menerokai lebih lagi tentang Bandaraya Kuala Lumpur ini dan sentiasa mengekalkan budaya yang ada di sini. 


di dahan ara hinggap kenari, 
hinggap sekawan di pohon jati, 
terima kasih saudara dan saudari,
berharap kita berjumpa lagi. 


Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya yang serba kekurangan ini. Harap kita dapat berjumpa lagi di lain hari. 




93 comments:

  1. Wah! Blog awak sangat menarik dan saya ingin kesana dan merasai pengalaman.

    ReplyDelete
  2. wah penulisan blog yang menarik. editan video awak juga sangat menyeronokkan.Penerangan dan gambar yang jelas. Bagus!

    ReplyDelete
  3. Blog anda sangat menarik perhatian kerana anda memasukkan banyak gambar supaya pembaca tidak bosan.

    ReplyDelete
  4. Wahh wahh sangat menarik dan menghiburkan sekali perkongsian anda :p tahniah !

    ReplyDelete
  5. Blog yang dihasilkan ini sangat menarik! Syabass

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Wahh!!menariknya blog yang anda hasilkan😊👍🏻..Penggunaan bahasa juga sangat baik dan jelas.

    ReplyDelete
  8. Wah, sungguh menarik blog ini.

    ReplyDelete
  9. Blog yang amat menarik, blog anda membuatkan saya berasa hendak pergi ke tempat tersebut. Saya harap anda banyak lagi melancong dan membuat blog yang menarik.

    ReplyDelete
  10. Sedar tak sedar, saudari Azreen telah membuka mata saya terhadap keindahan negeri-negeri di Malaysia. Terima Kasih Saudari!!

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Wau! Sangat menarik blog ini, isi dan maklumat berguna untuk ke Kuala Lumpur bagi yang hendak ke sana serta penggunaan bahsa dan pantun yang menarik sekali

    ReplyDelete
  13. wah! penulisan yang sungguh menarik bahkan membuatkan saya ingin ke sana juga😍Gambar dan penulisan juga sangat terperinci

    ReplyDelete
  14. Perkongsian anda amat menarik, tahniah! Saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke Kuala Lumpur pada musim cuti sekolah yang akan datang. Terima kasih atas perkongsian anda! :)

    ReplyDelete
  15. Wah..menarik sungguh cara penulisan anda...cara anda menyampaikan maklumat sangat terperinci dan membantu pelancong yang lain jika ingin melancong di tempat yang disarankan.

    ReplyDelete
  16. Blog yang menarik. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  17. Saya berasa kagum dengan saudari kerana dapat bercuti di kota idaman para pelancong . Selain itu, terima kasih juga saudari kerana sudi mempromosikan kota Kuala Lumpur ini untuk tatapan kami para pembaca lebih -lebih lagi pelancong asing.

    ReplyDelete
  18. Dua tiga kucing berlari,menarik sekali blog ini! Pemgalaman yang menarik untuk dikongsikan

    ReplyDelete
  19. Percutian anda ke sana sangat menarik!

    ReplyDelete
  20. sungguh menarik blog kamu 😍

    ReplyDelete
  21. sangat menarik blog kamu dan kamu menggunakan bahasa yang mudah dan gramatis yang dapat membuatkan saya teruja ketika membaca

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Wah, perkongsian yang sangat menarik! Walaupun hanya di dalam negara, namun tetap menjadi pengalaman yang menarik untuk dikongsikan bersama. Terima kasih atas perkongsian anda :)

    ReplyDelete
  24. Perkongsian yang menarik ! Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman awak, Aqila :)

    ReplyDelete
  25. Blog yang menarik dan kreatif. Penggunaan Bahasa yang gramatis dan juga gambar yang jelas. Teruskan USAHA anda!

    ReplyDelete
  26. Blog Travelog yang menarik! Memilih Kuala Lumpur sebagai suatu tempat untuk dikunjungi merupakan salah satu pilihan yang menarik. Semoga usaha anda dipetingkatkan! 👍

    ReplyDelete
  27. blog awak sungguh cantik.Awak telah membuatkan saya tertarik untuk membaca blog awak.Tambahan pula perkongsian awak juga menarik.

    ReplyDelete
  28. Saya amat terpegun ketika membaca blog awak yang menarik dan jelas ini .

    ReplyDelete
  29. Saya terpegun melihat Penulisan blog awak! 🤩Walaupun hanya bercuti di dalam negara, tetapi awak menunjukkan bahawa Malaysia juga mempunyai kawasan yang indah dan seronok yang boleh dilawati dan setaraf dengan negara luar. Lebih-lebih lagi awak telah menunjukkan kawasan pelancongan pelancongan Malaysia yang utama iaitu ibu Negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Teruskan usaha anda untuk penulisan blog yang menarik pada masa akan datang. 😊😉

    ReplyDelete
  30. Awak membuatkan saya meronta-ronta untuk bercuti ke ibu negara.Penulisan ini menampakkan keseronokan yang ada pada kota metropolitan.Blog awak sangat menarik minat saya untuk datang berkunjung ke Kuala Lumpur

    ReplyDelete
  31. Pengalaman yang menarik dan menyeronokkan! Aktiviti yang sangat bagus untuk mengeratkan hubungan antara keluarga. Syabas!

    ReplyDelete
  32. Tahniah! Saudari Azreen dapat menghasilkan blog yang cantik dengan gambar-gambar yang disediakan dan maklumat yang padat.👍

    ReplyDelete
  33. Pengalaman yang menarik dan menyeronokkan! Perkongsian dan aktiviti yang bagus serta blog yang kreatif.

    ReplyDelete
  34. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada penulis blog ini! Sangat kreatif dan menyeronokkan ketika membacanya. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini!

    ReplyDelete
  35. Seronok saya membaca blog anda!Terima Kasih di atas perkongsian awak!Penulisan blog yang kreatif serta mantap!

    ReplyDelete
  36. Menarik sungguh blog saudari. Juga ada pantun disertakan dalam blog ini membuatkan saya lebih teruja untuk membaca blog saudari. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  37. Sedar tak sedar, saudari Azreen telah membuka mata saya terhadap keindahan negeri-negeri di Malaysia. Terima Kasih Saudari!!

    ReplyDelete
  38. Wah! Manis sekali pengalaman anda bersama keluarga di Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas atas perkongsian yang menarik ini.🤩

    ReplyDelete
  39. Terima kasih atas perkongsian anda yang sangat menarik dan kreatif! Saya sangat teruja ketika membacanya.

    ReplyDelete
  40. Wah menarik perkongsian awak dalam blog ini ! Terima kasih kerana berkongsi pengalaman awak. Saya berharap dapat ke sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
  41. Blog yang dihasilkan oleh Aqila adalah biasa kerana menggunakakn corak bloh yang sama dengan pelajar yang lain.

    ReplyDelete
  42. Penulisan blog yang menarik. Penulis memulakan dan mengakhiri penulisan blognya dengan serangkap pantun dan itu merupakan idea yang kreatif. Penulis juga ada meletakkan video yang menarik untuk tontonan pembaca. Tahniah kerana menghasilkan blog yang menarik dan kreatif ini.

    ReplyDelete
  43. penulisan blog anda membuat kan saya untuk pergi ke sana sekaligus merasai detik detik semasa berada di sana.

    ReplyDelete
  44. Saya sangat gembira kerana saudari sangat mengetengahkan ucapan aluan dan penutup dengan serangkap pantun. Perkongsian saudari amat menarik untuk dijelajahi.

    ReplyDelete
  45. Tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi.Ini merupakan peluang untuk saya meneroka lebih lagi tentang ibu negara kita.Saya juga terpegun dengan penulisan blog saudari yang kemas.Pantun yang diletakkan pada pendahuluan dan penutup juga sangatlah kreatif.

    ReplyDelete
  46. Maklumat yang sangat berguna untuk pembaca yang ingin pergi ke ibu negara kita. Pantun yang disertakan juga sangat kreatif. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  47. Blog yang kreatif kerana turut disertakan pantun dan pengalaman yang berguna untuk para pelancong yang ingin kesana jua.

    ReplyDelete
  48. Penulisan blog saudari sungguh menarik , sehingga membuatkan saya ingin membaca .Mesti seronok dapat bercuti di ibu negara kita .

    ReplyDelete
  49. Wah sungguh menarik ! Tahnia kerana berjaya menyiapkan blog ini dengan jayanya. Tahniah. Terima kasih

    ReplyDelete
  50. Blog yang menarik. Saya tak pernah pergi ke Kuala Lumpur jadi apabila saya membaca pengalaman anda bercuti di sana, saya berasa tertarik. Saya berharap saya bakal mengunjungi Kuala Lumpr suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  51. Blog yang saudari kongsikan ini amat menarik. Blog ini menjadi lebih menarik lagi dengan video yang saudari kongsikan.

    ReplyDelete
  52. Penceritaan yang menarik serta penggunaan bahasa yang agak santai.Pastinya percutian ini merapatkan lagi hubungan kekeluargaan keluarga saudari.SYABAS!!!😋😋😋

    ReplyDelete
  53. Blog menarik kerana penggunaan bahasa yang santai.Gambar di dalam blog menjadikan blog lebih seronok untuk dibaca.

    ReplyDelete
  54. Blog awak sangat menarik dan saya berasa tertarik melihat gambar suasana uptown danau kota itu. Hebat!

    ReplyDelete
  55. Perkongsian tempat yang sangat menarik.Saya sangat teruja melihat tempat itu dan ingin pergi ke sana

    ReplyDelete
  56. Wah!Blog anda menarik sekali.Yang membuatkan saya lebih terpegun adalah kerana blog anda diakhiri dengan pantun.Pada saya, ianya amat kreatif.Syabas! :)

    ReplyDelete
  57. Penulisan Blog awak sangat kreatif,penuh dengan pantun! Pendahuluan dan penutup blog dengan serangkap pantun memang menarik perhatian.

    ReplyDelete
  58. Blog yang sungguh menarik dan cantik . Saya amat berpuas hati membaca blog anda . Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman bercuti anda . Syabas !

    ReplyDelete
  59. Dua tiga kucing berlari,menarik sekali blog saudari! Saudari telah meletakkan pantun dipermulaan dan pengakhiran blog membuat saya tertarik untuk membaca blog saudari. Hebat!

    ReplyDelete
  60. Wah perkongsian saudari sangat menarik dan menghiburkan bagi para pembaca seperti saya. Teringin pula saya ingin melawat tempat tersebut. Terima kasih atas perkongsian saudari.

    ReplyDelete
  61. Sungguh menarik sekali blog anda. Tahniah diucapkan atas kejayaan anda menyiapkan tugasan blog anda . Terima kasih atas menghasilkan blog yang sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  62. wah, seronoknya percutian kamu Azreen ! Saya amat menyukai penulisan kamu. Saya berharap kamu boleh menghasilkan lagi blog yang menarik.

    ReplyDelete
  63. Menariknya cara penulisan blog kamu ini saudari! saya harap kamu dapat menjadi penulis blog yang Berjaya dan terkenal suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  64. Wahh, menarik sungguh perkongsian awak ini! Perkongsian yang ringkas tetapi cukup menarik ^^ Terima kasih atas perkongsian awak <3

    ReplyDelete
  65. Wah perkongsian yang ringkas namun menarik! saya berasa teruja dapat membaca blog saudari! Saya juga igin ke sana juga nanti.

    ReplyDelete
  66. Wah! Blog kamu sangat menarik dan kreatif��. Awak membuatkan saya ingin bercuti ke sini juga suatu hari nanti

    ReplyDelete
  67. wahh! Blog kamu sangat menarik dan mudah diifahami. Saya harap saya dapat pergi ke sana nanti. Terima kasih atas perkongsian anda.

    ReplyDelete
  68. Blog yang sangat menarik kerana diselitkan pantun dipermulaan blog dan isi blog juga sangat menarik kerana perkongsian pengalaman yang membuatkan saya teruja ketika membacanya.

    ReplyDelete
  69. Perkongsian yang amat menarik sekali. Walaupun saya sudah pernah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, tetapi saya masih mahu kesana untuk melawat tempat-tempat yang menarik di sana. Penulisan yang gramatis dan kreatif dengan permulaan pantun. Syabas dan terima kasih.😊😊😊

    ReplyDelete
  70. Wah, pantun yang menarik pada permulaan blog! Penulisan yang sangat mudah dan jelas untuk difahami.

    ReplyDelete
  71. Kreatif sungguh blog anda. Saya amat teruja membaca blog anda kerana blog anda mengandungi ayat gramatis dan jalan cerita yang menarik.

    ReplyDelete
  72. Wah, seronoknya dapat pergi ke Kuala Lumpur ! Saya turut merasakan keterujaan yang sama dengan anda apabila membaca blog ini.

    ReplyDelete
  73. Blog yang menarik dan pengalaman yang menyeronokkan di bandar Kuala Lumpur. Terima kasih kerana anda sudi berkongsi pengalaman. Semoga terus berjaya!

    ReplyDelete
  74. Wahh! Blog anda sangat menarik dan mengujakan. Blog anda juga membuat pembaca tertarik dengan kehabatan anda dalam mengarang ayat. Tahniahh

    ReplyDelete
  75. Saya amat teruja apabila membaca blog awak, Aqila, terutamanya kerana rangkap pantun yang disertakan di akhir blog. Saya harap awak dapat berkongsi lagi pengalaman awak bercuti pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  76. Amboi, menarik sungguh rangkap pantun yang kamu karang itu!Saya amat gembira membaca blog kamu seolah-eolah seperti saya yang berkunjung ke sana.

    ReplyDelete
  77. Wah,teruja benar saya membaca blog saudari! Saudari pandai mengambil gambar dengan pemandangan yang cantik . Teruskan usaha anda. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  78. Kreatif sungguh blog anda. Saya amat teruja membaca blog anda kerana blog anda mengandungi ayat gramatis dan jalan cerita yang menarik 💫✨💅🏼🌈

    ReplyDelete
  79. WAH!!!!!Saya teringin mahu ke Kuala Lumpur kerana saya rindu akan membeli belah di sana. Kuala lumpur merupakan tempat yang sesuai untuk pelancong membeli belah.

    ReplyDelete
  80. Penceritaan yg sangat menarik! Saya berharap penulis dapat mengahasilkan lebih banyak blog kerana saya yakin blog penulis akan mendapat sambutan yang hangat.

    ReplyDelete
  81. perkongsian saudari ini amat membuat saya tertarik untuk melawat ke sana.Terima kasih atas perkongsian yang ringkas dan kreatif ini.

    ReplyDelete
  82. Mantap sungguh perjalanan yang saudari Aqila tempuhi.Saya amat tertarik untuk pergi ke sana dan lalui apa yang saudari lihat.

    ReplyDelete
  83. Saya kagum melihat pantun yang saudari karang pada permulaan dan penutup blog ini. Penceritaan saudari membuatkan saya seolah-olah berada di sana dan merasai pengalaman. Terima kasih kerana berkongsi:D

    ReplyDelete
  84. Perkongsian yang menarik walaupun ianya kelihatan ringkas.Jalan cerita yang menarik dan mudah difahami ditambah dengan penggunaan pantun pada permulaan blog membuatkan pembaca lebih tertarik dengan blog saudari.

    ReplyDelete
  85. Walaupun ringkas tapi ianya telah menarik minat saya untuk membaca kerana tempat tempat yang awak ceritakan sangat menarik dan telah membuka mata saya untuk berkunjung ke situ juga suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  86. sungguh menarik blog saudari , ia juga ringkas dan jelas

    ReplyDelete
  87. Wah perkongsian yang ringkas namun menarik! saya berasa teruja dapat membaca blog saudari!

    ReplyDelete
  88. terima kasih atas perkongsian anda,saya sangat tertarik untuk berkunjung ke tempat itu dan diucapkan syabas kerana berjaya menghasilkan sebuah blog ini.

    ReplyDelete
  89. blog yang menarik. Saya tertarik dengan Kuala Lumpur kerana kemajuannya jauh lebih tinggi daripada Johor

    ReplyDelete
  90. Perkongsian anda amat menarik, tahniah! Saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke Kuala Lumpur pada musim cuti sekolah yang akan datang. Terima kasih atas perkongsian anda!

    ReplyDelete
  91. Syabas, blog saudari menarik dan ringkas! Blog saudari meriah dengan gambar-gambar saudari.Teruskan usaha saudari membina blog pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  92. terima kasih atas perkongsian anda,saya sangat tertarik untuk berkunjung ke tempat itu dan diucapkan syabas kerana berjaya menghasilkan sebuah blog ini.

    ReplyDelete