SELAMAT DATANG KE BLOG ALAM MAYA SAYA !
mencari timba si anak dara,
dibawah sarang burung tempua,
salam sembah pembuka bicara,
selamat datang untuk semua.
anak dara membeli bawang,
singgah sebentar di pasar pekan,
ucapan diberi selamat datang,
assalamualaikum saya ucapkan.
Di dalam blog ini, saya akan menceritakan tentang percutian saya ke Kuala Lumpur. Ini merupakan salah satu tugasan assessment saya pada musim PKP.
Pada 19 Disember 2019, saya dan keluarga pergi bercuti ke Kuala Lumpur sempena cuti akhir tahun. Kami bermalam di sana selama tiga hari dua malam. Kami bertolak dari Kluang, Johor dari pukul 10 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1 petang. Memandangkan kami perlu mendaftar masuk ke hotel pada pukul 2 petang, kami singgah sebentar di sebuah restoran yang berdekatan dengan hotel untuk mengisi perut kami yang kosong ini. Setelah selesai makan tengah hari, kami bergerak ke hotel untuk 'check-in'. Ayah saya menyelesaikan apa yang patut dan kami yang lain memunggah barang barang yang hendak dibawa ke dalam bilik. Setelah mendapat kunci bilik, kami semua menaiki lif untuk ke atas. Kami mengambil rehat yang secukupnya kerana penat. Kami mengimap di WP Hotel, Kuala Lumpur.

![]() |
Pemandangan di hadapan hotel |
![]() |
Bilik |
Setelah selesai merehatkan diri dan tidur, kami bercadang untuk makan malam di sebuah restoran yang terkenal dengan menu Ikan Pindang yang sangat lazat. Sebelum itu, ayah saya menghubungi saudara saya yang tinggal di Kuala Lumpur dan mengajak mereka sekeluarga untuk makan malam bersama sama. Sudah sekian lama kami tidak bersua atas faktor kerja dan kesibukan masing masing. Tepat pada pukul 8 malam, kami berjalan kaki ke restoran tersebut kerana ianya sangat dekat dengan hotel kami. Beberapa minit kemudian, saudara kami pon tiba lalu kami terus memesan makanan dan berbual bual tentang kenangan masa lalu. Kami samgat gembira kerana dapar berjumpa dan melepaskan rindu.
Setelah habis makan, kami pulang ke hotel manakala saudara kami pulang ke rumahnya. Kami masuk ke dalam bilik dan membersihkan dan terus tidur sehingga esok hari.
Keesokan harinya, kami bangun pada awal pagi dan bercadang untuk mandi manda di kolam yang disediakan oleh pihak hotel. Kami adik beradik bermandi manda manakala ibu ayah pergi membeli sarapan di kedai mamak. Setelah setengah jam berlalu, ibu ayah mengambil kami di kolam lalu terus masuk ke bilik dan membersihkan diri. Selepas itu, kami makan sarapan yang dibeli bersama sama.
Apabila sudah selesai semuanya, kami bersiap dan keluar pergi ke kompleks membeli belah SOGO. Di situ, terdapat beberapa kedai yang ternama seperti 'Coach', 'Braun Buffel', 'Sephora' dan macam macam lagi. Kami membeli pelbagai benda seperti kasut, baju, dan sedikit keperluan sekolah untuk tahun hadapan. Kami juga mengunjungi restoran Texas yang sangat terkenal dan ini merupakan kali pertama kami mencuba makanan ini. Kami berada disitu selama 3 jam. Destinasi kami yang seterusnya ialah Suria KLCC. Tempat ini merupakan antara kompleks membeli belah yang terkenal di Malaysia. Ramai pelancong daripada luar negara melawati tempat ini kerana kemodenannya yang canggih. Kami menjadi rambang mata apabila melihat kedai kedai yang ada di kompleks ini.Di bahagia luar kompleks ini mempunyai tasik yang besar dan pemandangan yang sangat cantik. Kami bergambar dan meluangkan masa di situ.
Setelah penat berjalan, kami pulang ke hotel dan mengambil rehat yang secukupnya. Ayah mengajak kami untuk pergi ke Uptown Danau Kota pada malam itu. Setelah lewat petang, kami solat maghrib dan bersiap siap untuk meneruskan aktiviti malam. Keadaan di situ sangat sesak dengan orang yang ramai kerana musim cuti sekolah sedang berlangsung. Ramai ibu bapa yang membawa anak anaknya pergi bercuti ke mana sahaja. Kami membeli barang barang seperti mainan, peranti alat komunikasi dan macam macam lagi. Kebanyakan barang yang dijual di sini murah harganya kerana tidak asli. Tepat jam 1 pagi, ayah mengajak kami pulang ke hotel kerana sudah lewat malam dan adik saya juga sudah tidur di dalam kereta. Setibanya di hotel, kami menukar pakaian tidur dan terus lena dibuai mimpi.
Keesokannya, setelah matahari terbit kami semua bangun daripada tidur dan kami membersihkan diri dan bersiap siap untuk pulang ke rumah di Kluang, Johor. Kami sangat seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga setelah beberapa bulan terhimpit dengan kerja dan ada yang bersekolah di asrama penuh. Dengan adanya pengalaman yang begini, saya berharap agar saya dapat menerokai lebih lagi tentang Bandaraya Kuala Lumpur ini dan sentiasa mengekalkan budaya yang ada di sini.
di dahan ara hinggap kenari,
hinggap sekawan di pohon jati,
terima kasih saudara dan saudari,
berharap kita berjumpa lagi.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya yang serba kekurangan ini. Harap kita dapat berjumpa lagi di lain hari.
![]() |
Makan bersama sama saudara |
Setelah habis makan, kami pulang ke hotel manakala saudara kami pulang ke rumahnya. Kami masuk ke dalam bilik dan membersihkan dan terus tidur sehingga esok hari.
Keesokan harinya, kami bangun pada awal pagi dan bercadang untuk mandi manda di kolam yang disediakan oleh pihak hotel. Kami adik beradik bermandi manda manakala ibu ayah pergi membeli sarapan di kedai mamak. Setelah setengah jam berlalu, ibu ayah mengambil kami di kolam lalu terus masuk ke bilik dan membersihkan diri. Selepas itu, kami makan sarapan yang dibeli bersama sama.
![]() |
Kolam renang |
Apabila sudah selesai semuanya, kami bersiap dan keluar pergi ke kompleks membeli belah SOGO. Di situ, terdapat beberapa kedai yang ternama seperti 'Coach', 'Braun Buffel', 'Sephora' dan macam macam lagi. Kami membeli pelbagai benda seperti kasut, baju, dan sedikit keperluan sekolah untuk tahun hadapan. Kami juga mengunjungi restoran Texas yang sangat terkenal dan ini merupakan kali pertama kami mencuba makanan ini. Kami berada disitu selama 3 jam. Destinasi kami yang seterusnya ialah Suria KLCC. Tempat ini merupakan antara kompleks membeli belah yang terkenal di Malaysia. Ramai pelancong daripada luar negara melawati tempat ini kerana kemodenannya yang canggih. Kami menjadi rambang mata apabila melihat kedai kedai yang ada di kompleks ini.Di bahagia luar kompleks ini mempunyai tasik yang besar dan pemandangan yang sangat cantik. Kami bergambar dan meluangkan masa di situ.
![]() |
Pokok krismas di hadapan kompleks |
![]() |
Pemandangan tasik di kompleks |
![]() |
Suasana di Uptown Danau Kota |