Friday, 9 April 2021

✨SEMANGAT NASIONALISME ✨

MAKSUD NASIONALISME

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara.Semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara.Gerakan untuk mencapai kebebasan politik,ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing.Pada pendapat beberapa tokoh terkenal dan sejarawan yang telah memberikan tafsiran tentang nasionalisme ini antaranya ialah “satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya”(Hans Kohn).Selain daripada itu,”kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat,boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu”(Dato’ Onn Jaafar).


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI BARAT



Nasionalisme di barat tersebar hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan berjaya yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.Nasionalisme antiraja ialah Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis.Selain itu, idea nasionalisme dikaitkan dengan perjuangan untuk memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan kuasa asing Revolusi Amerika.


a) revolusi keagungan

Berlaku di England kerana keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan asasi rakyat.Tercetus kerana pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen.Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan sokongan  Mary II dan Raja William of Orange.Disebakan Raja James menyedari bahawa sokongannya semakin berkurang beliau melarikan diri ke Perancis.Dikenali sebagai revolusi agung kerana peralihan kuasa berlaku aman tanpa pertumpahan darah.Konsep kedaulatan oleh pemerintah baharu adalah kedaulatan parlimen dan sistem raja berpelembagaan dimantapkan.


b) revolusi amerika

Reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.Ini disebabkan oleh tindakan British kerana tidak melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian empayat British.13 tanah jajahan British di Amerika.Beberapa buah akta telah ditentang oleh penduduk British yang menggugat cukai.Kongres yang diketuai George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British memperjuangkan kemerdekaan Amerika.


c) revolusi perancis


Tercetus daripada idea nasionalime memperjuangkan kebebasan,persamaan dan persaudaraan golongan pemikir Perancis ,Jean Jacques Rousseau dan Voltaire.Dalam penulisan beliau telah mengemukakan keunggulan suara rakyat menjamin kesejahteraan masyarakat.Suara rakyat digelar “hasrat umum” merupakan kata sepakat golongan mempunyai kesedaran.Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi dan penting daripada institusi raja dan birokrasi.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA



Perkentbangan nasionalisme di Asia merupakan kesinambungan idea nasionalisrne di Barat kesan daripacla pertembunabn yang berlaku dengan bangsa Eropah. Kedatangan dan peniajahan kuasa Eropah di Asia mencetuskan kebangkitan nasionalisme seperti di India,China,Mesir dan banyak lagi.


INDIA

Nasionalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisrne British. Kebangkitan rakyat tempatan dalam Dahagi India 1857 merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India. Nasionalisme awal bercorak gerakan yang mernberikan perhatian terhadap isu sosioagama. Brahmo Samaj dan Arya Sarnaj merupakan pertubuhan penting  yang menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan kesan daripada pengaruh budaya Barat.

Pada penghujung abad ke-19 perkembangann pendidikan Barat membawa kemunculan intelektual yang memulakan gerakan nasionalisme lebih tersusun. Mereka menubuhkan pertubuhan politik untuk menyuarakan pandangan seperti Kongres Kebangsaan India atau Indian National Congress (INC) yang dibentuk pada rahun 1885 dan Liga Muslim yang ditubuhkan pada tahun 1906.


NASIONALISME DI CHINA


Nasionalisme di China bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing.

Nasionalisme China bermula dengan penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu (kerajaan Manchuria) yang dianggap sebagai  orang luar dan kehilangan mandat. Masyarakat China turut hilang kepercayaan terhadap Dinasti Manchu yang gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat. Gerakan nasionalisme seterusnya bercorak anti-Barat kerana menentang campur tangan kuasa Barat di China.Tokoh yang mempelopori serakan kebangkitan rakvat di China ialah Dr. Sun Yat Serr.


NASIONALISME EMPAYAR UTHMANIYAH DAN MESIR


Nasionalisme empayar Uthmaniyah dan Mesir lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19. Kesedaran tersebut mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.


GERAKAN ISLAH


Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Gerakan ini telah dipelopori oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya pertembungan kebudayaan antara Eropah- Amerika dengan kebudayaan tempatan yang rnengubah budaya dan tradisi kepercayaan masyarakat tempatan. Oleh itu, gerakan Islah menyeru umat Islam berpegang pada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis.


GERAKAN PAN-ISLAMISME


Pada tahun 1883, Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan yang diberikan nama al-Urwah al-Wuthqa . Kumpulan ini ditubuhkan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa umat Islam kepada kemajuan. Pertubuhan ini telah menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea Pan-Islamisme, ialah seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat. Pada tahun 1914. empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam yang ditindas penjajah Barat bangkit berjuang bersama-sama dengan ernpayar Uthmaniyah.

Pemerintah empayar Uthmaniyah iaitu Khalifah Abdul Hamid II mensegerkan idea Pan-Islamisme ini. Gerakan ini mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia termasuklah Tanah Melayu.


NASIONALISME DI JEPUN


Nasionalisme di Jepun pula digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat. Maharaja Mikado Metji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati oleh kuasa Barat.Prinsip dan semangat Bushido dijadikan asas membina semangat nasionalisme dan pemerintahan era Pemulihan Meiji.Seterusnya,gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan yang menjadikan Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia pada awal abad ke-20. Namun begitu, desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera menjadikan Jepun sebagai kuasa imperialisme di Asia.


PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


Berakar umbi daripada gerakan membebaskan diri daripada penjajahan kuasa barat seperti di Filipina,Myanmar,Vietnam dan Indonesia.Justeru itu,gerakan nasionalisme  di Thailand menuntut pembaharuan dalam pentadbiran ke arah mengekalkan kedaulatan negara dari ancaman imperialisme.


NASIONALISME DI FILIPINA

• menghapuskan penjajahan asing

• peringkat awal-Gerakan Propaganda di pimpin oleh Jose Rizal

• menuntut filipina sebahagian daripada wilayah Sepanyol - hak yang sama 

• Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina (1892) , mendesak Sepanyol lakukan perubahan politik ,ekonomi dan sosial di Filipina


NASIONALISME DI BURMA (MYANMAR)

• manifesta perjuangan golongan kelas menentang imperialisme British

• digerakkan - kelas pertengahan

• menubuhkan persatuan Belia Buddha untuk mengekalkan tradisi

• isu kasut - pembangkita nasionalisme

• selepas pemimpin radikal , persatuan dinamakan Majlis Kesatuan Am Kesatuan Burma

• isu bangsa Burma di perjuangkan

• Nasionalisme berikutnya - pengenalan Perlambangan Burma


NASIONALISME DI VIETNAM

• muncul akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi-kedatangan perancis

• dilepori golongan bangsawan  dan pegawai golongan Mandarin

• pemulihan sistem pemerintahan beraja

• golongan intelektual-kesedaran politik dan sistem pemerintahan


NASIONALISME DI INDONESIA

1) berkisar isu pendidikan - mengubah nasib rakyat (dasar penjajahan)

2) perjuangan memajukan pendidikan kaum wanita

3) berkembang dengan kemunculan pertubuhan lebih tersusun - mempertahankan 

agama islam ( ancaman sekularisme Barat)

4) gerakan nasionalisme semakin radikal,pertubuhan parti politik memperjuangkan kemerdekaan

 

NASIONALISME DI THAILAND

1) berbeza gerakan nasionalisme dari yang lain

2) antipenjajah dan memperjuangkan kemerdekaan

3) bertujuan memprtahankan kedaulatan negara (penglibatan rakyat dalam pemerintahan)

4) dipelopori oleh Raja Thailand - usaha diplomasi dan pemodenan

5) mula langkah pemodenan , melaksanakan birokrasi Barat

6) Raja Mongkut - hubungan baik dengan kuasa barat


PERANG DUNIA PERTAMA

• Berlaku dikalangan negara Eropah termasuk empayar Uthamiyah.


PERSAINGAN KUASA IMPERIALIS

- Perkembangan Revolusi Perindustrian - Imperialis Eropah

bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.

- Memperoleh bahan mentah seperti arang batu, petroleum,

bijih timah serta pasaran hasil industrI

- MembawapermusuhanantaraimperialisdiEropahseperti

Perancis dan Jerman.


 PAKATAN KETENTERAAN

- Permusuhan membawa kepada pembentukan Kuasa

Tengah dan Pakatan Bertiga.

- MenyebabkanketidakstabilanpolitikdiEropah.

- Merekabersaingmendapatkanjajahandanbersaing

menghasilkan senjata moden.

- Bersedia berperang bagi mempertahankan kepentingan

masing – masing.


 KRISIS RANTAU BALKAN

- KesanpermusuhanAustria-HungarydenganSerbia.

- Austria-HungrymenuduhSerbiamenghasutrakyatAustria

supaya berjuang membebaskan diri daripada Austria-

Hungary.

- KemuncakkrisispembunuhanArchdukeFerdinanddan

isteri Sophie oleh pemuda Serbia.

- PenyebabEropahterlibatdlmPerangDuniapertama.

Pihak terlibat dlm Perang Dunia pertama


PERANG DUNIA KEDUA DI EROPAH

• Meletus serangan Jerman terhadap Poland.

- Britain dan Perancis isytihar perang terhadap Jerman

 • Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat.

- Jerman memulakan serangan Blitzkrieg (serangan kilat )

bagi menakluk negara di Eropah Barat.

- Kapal terbang Jerman mengebom sasaran musuh

- Diikuti serangan kereta kebal dan tentera bermotosikal.

- Jerman berjaya tawan Poland, Denmark, Norway,

Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis

- Jerman kuasai hampir keseluruh negara di Eropah Barat

menjelang tahun 1941

Pengeboman Britain pada sept 1940 - Jun 1941 

- Jerman serang Britain melalui udara dan laut.

Sunday, 10 May 2020

SELAMAT DATANG KE BLOG ALAM MAYA SAYA !


mencari timba si anak dara, 
dibawah sarang burung tempua,
salam sembah pembuka bicara,
selamat datang untuk semua



anak dara membeli bawang, 
singgah sebentar di pasar pekan,
ucapan diberi selamat datang, 
assalamualaikum saya ucapkan.


Di dalam blog ini, saya akan menceritakan tentang percutian saya ke Kuala Lumpur. Ini merupakan salah satu tugasan assessment saya pada musim PKP.





Pada 19 Disember 2019, saya dan keluarga pergi bercuti ke Kuala Lumpur sempena cuti akhir tahun. Kami bermalam di sana selama tiga hari dua malam. Kami bertolak dari Kluang, Johor dari pukul 10 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1 petang. Memandangkan kami perlu mendaftar masuk ke hotel pada pukul 2 petang, kami singgah sebentar di sebuah restoran yang berdekatan dengan hotel untuk mengisi perut kami yang kosong ini. Setelah selesai makan tengah hari, kami bergerak ke hotel untuk 'check-in'. Ayah saya menyelesaikan apa yang patut dan kami yang lain memunggah barang barang yang hendak dibawa ke dalam bilik. Setelah mendapat kunci bilik, kami semua menaiki lif untuk ke atas. Kami mengambil rehat yang secukupnya kerana penat. Kami mengimap di WP Hotel, Kuala Lumpur.



Pemandangan di hadapan hotel


Bilik 


Setelah selesai merehatkan diri dan tidur, kami bercadang untuk makan malam di sebuah restoran yang terkenal dengan menu Ikan Pindang yang sangat lazat. Sebelum itu, ayah saya menghubungi saudara saya yang tinggal di Kuala Lumpur dan mengajak mereka sekeluarga untuk makan malam bersama sama. Sudah sekian lama kami tidak bersua atas faktor kerja dan kesibukan masing masing. Tepat pada pukul 8 malam, kami berjalan kaki ke restoran tersebut kerana ianya sangat dekat dengan hotel kami. Beberapa minit kemudian, saudara kami pon tiba lalu kami terus memesan makanan dan berbual bual tentang kenangan masa lalu. Kami samgat gembira kerana dapar berjumpa dan melepaskan rindu. 




Makan bersama sama saudara



Setelah habis makan, kami pulang ke hotel manakala saudara kami pulang ke rumahnya. Kami masuk ke dalam bilik dan membersihkan dan terus tidur sehingga esok hari. 






Keesokan harinya, kami bangun pada awal pagi dan bercadang untuk mandi manda di kolam yang disediakan oleh pihak hotel. Kami adik beradik bermandi manda manakala ibu ayah pergi membeli sarapan di kedai mamak. Setelah setengah jam berlalu, ibu ayah mengambil kami di kolam lalu terus masuk ke bilik dan membersihkan diri. Selepas itu, kami makan sarapan yang dibeli bersama sama. 




Kolam renang 




Apabila sudah selesai semuanya, kami bersiap dan keluar pergi ke kompleks membeli belah SOGO. Di situ, terdapat beberapa kedai yang ternama seperti 'Coach', 'Braun Buffel', 'Sephora' dan macam macam lagi. Kami membeli pelbagai benda seperti kasut, baju, dan sedikit keperluan sekolah untuk tahun hadapan. Kami juga mengunjungi restoran Texas yang sangat terkenal dan ini merupakan kali pertama kami mencuba makanan ini. Kami berada disitu selama 3 jam. Destinasi kami yang seterusnya ialah Suria KLCC. Tempat ini merupakan antara kompleks membeli belah yang terkenal di Malaysia. Ramai pelancong daripada luar negara melawati tempat ini kerana kemodenannya yang canggih. Kami menjadi rambang mata apabila melihat kedai kedai yang ada di kompleks ini.Di bahagia luar kompleks ini mempunyai tasik yang besar dan pemandangan yang sangat cantik. Kami bergambar dan meluangkan masa di situ. 




Pokok krismas di hadapan kompleks

Pemandangan tasik di kompleks



Setelah penat berjalan, kami pulang ke hotel dan mengambil rehat yang secukupnya. Ayah mengajak kami untuk pergi ke Uptown Danau Kota pada malam itu. Setelah lewat petang, kami solat maghrib dan bersiap siap untuk meneruskan aktiviti malam. Keadaan di situ sangat sesak dengan orang yang ramai kerana musim cuti sekolah sedang berlangsung. Ramai ibu bapa yang membawa anak anaknya pergi bercuti ke mana sahaja. Kami membeli barang barang seperti mainan, peranti alat komunikasi dan macam macam lagi. Kebanyakan barang yang dijual di sini murah harganya kerana tidak asli. Tepat jam 1 pagi, ayah mengajak kami pulang ke hotel kerana sudah lewat malam dan adik saya juga sudah tidur di dalam kereta. Setibanya di hotel, kami menukar pakaian tidur dan terus lena dibuai mimpi. 



Suasana di Uptown Danau Kota


Keesokannya, setelah matahari terbit kami semua bangun daripada tidur dan kami membersihkan diri dan bersiap siap untuk pulang ke rumah di Kluang, Johor. Kami sangat seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga setelah beberapa bulan terhimpit dengan kerja dan ada yang bersekolah di asrama penuh. Dengan adanya pengalaman yang begini, saya berharap agar saya dapat menerokai lebih lagi tentang Bandaraya Kuala Lumpur ini dan sentiasa mengekalkan budaya yang ada di sini. 


di dahan ara hinggap kenari, 
hinggap sekawan di pohon jati, 
terima kasih saudara dan saudari,
berharap kita berjumpa lagi. 


Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya yang serba kekurangan ini. Harap kita dapat berjumpa lagi di lain hari.